Berita Hari Ini

Kawalan Rentas Daerah Di Sabah Mulai Tengah Malam Ini – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, Kawalan Rentas Daerah itu dilaksanakan sehingga 15 Oktober ini.

“Sepanjang tempoh ini, mereka yang sedang dikuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau menyatakan, sebarang sekatan dan maklumat lanjutan akan dimaklumkan oleh kerajaan Sabah dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");