Perak Hari Ini

Kedai Emas Safura Bakal Lancar Koleksi Terbaharu Dari Itali

IPOH – Selepas membuka sebuah cawangan di Meru Raya pada bulan lalu, Kedai Emas Safura bakal melancarkan koleksi barang kemas terbaharu yang diimport dari Itali 11 November nanti.

Pengusahanya, Bibi Safura Ghulam Hyder berkata Emas Itali Safura 750 akan menjadi koleksi terkini daripada hampir 30 koleksi emas yang sedia ada.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604033314761″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Katanya koleksi terbaharu yang mempunyai reka bentuk unik itu dicampurkan dengan tiga warna iaitu putih, kuning dan ros emas.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604033394620″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Tambahnya selain mempunyai kepelbagaian corak rekaan, Emas Itali Safura 750 juga mempunyai daya ketahanan yang tidak mudah rosak.

“Berbeza dengan reka bentuk emas lain yang mana warnanya terlalu kuning keemasan, koleksi ini warnanya tidak terlalu menyerlah namun unik.

“Ianya menarik dan sangat memenuhi cita rasa golongan muda dan moden masa kini,”  katanya ketika ditemui di Kedai Emas Safura, di sini, hari ini.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1604033288276″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Menyingkap sejarah perniagaan, Kedai Emas Safura mula beroperasi di Medan Gopeng dekat sini sejak 22 tahun yang lalu.

Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan,  pelopor perniagaan kedai emas Bumiputera di Bandaraya Ipoh itu kini berjaya mengukuhkan dan melebarkan perniagaannya.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Kedai Emas Safura adalah menjual beli emas, membeli emas lama dengan kadar tinggi, membaiki emas, menerima tempahan, menjual emas pada harga borong, menjual barangan baru dan lain-lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");