Panasnya Hari Ini

Kepentingan Islam, Bangsa Dan Rakyat Diutamakan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan apa sahaja keputusan kepemimpinan tidak sesekali akan membelakangkan kepentingan Islam, bangsa dan kebajikan rakyat keseluruhan.

Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook miliknya, @drasyrafwajdidusuki berkata, banyak perkara yang belum boleh diluahkan dan ditulis untuk tatapan khalayak.

“Hentikan andaian dan persepsi palsu kononnya UMNO akan berubah arah menyokong Anwar (Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang ketika ini bersekongkol dengan DAP!,” katanya.

Asyraf memuat naik hantaran berkenaan susulan hantaran yang dimuat naik oleh Ahli Dewan Syura Pas, Zaharudin Muhammad menerusi akaun Facabooknya, awal pagi ini mengenai parti-parti Melayu perlu diperdamaikan dengan formula Saidina Hasan Ali R.A lapor Sinar Harian.

“Baca coretan menantu (Zaharudin) Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang Presiden Pas yang juga merupakan Ahli Dewan Syura Pas agar semua dapat berlapang dada dengan perkembangan politik mutakhir,” katanya.

Pada Selasa lalu, Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan dokumen sahih membuktikan sokongan lebih 120 ahli Parlimen terhadapnya untuk membentuk kerajaan baharu.

Selepas itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu, parti itu akan menetapkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sejak itu timbul pelbagai spekulasi, di antaranya UMNO mahukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan tuduhan terhadap beberapa pemimpinnya terutama Presidennya yang menghadapi kes jenayah di mahkamah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");