Perak Hari Ini

Keputeraan Sultan Perak: Premis Digalakkan Kibar Bendera, Tiada Denda Jika Tidak Berbuat Demikian – Ahmad Suaidi

IPOH – Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak pada 6 November, semua premis di negeri ini digalakkan mengibarkan bendera.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata ia turut digalakkan secara sukarela terhadap masjid dan rumah-rumah ibadat seluruh negeri.

Katanya semua bangunan juga digalakkan untuk menyalakan lampu sehingga jam 12 tengah malam pada 5 dan 6 November nanti.

Walau bagaimanapun katanya mana-mana premis yang didapati tidak melakukan sedemikian tidak akan dikenakan sebarang denda atau kompaun.

“Adalah diingatkan segala usaha bagi menggalakkan mana-mana pemilik premis perniagaan dan bangunan persendirian untuk mengibarkan bendera dan menyalakan lampu dilakukan secara berhemah.

“Tiada  sebarang denda atau kompaun yang akan dikenakan sekiranya pemilik premis tidak berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan yang dinyatakan dalam surat pemakluman itu dialamatkan kepada semua ketua jabatan negeri, pegawai daerah,  pihak berkuasa tempatan serta semua badan berkanun negeri.

Selain itu tambah Ahmad Suaidi, segala usaha untuk menyemai semangat taat setia kepada Sultan Perak dalam kalangan rakyat hendaklah dilakukan secara arif dan diplomasi.

Jelasnya ia agar semangat kesetiaan yang sahih dapat tumbuh subur dalam jiwa rakyat jelata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");