Berita Hari Ini

Kerajaan cari jalan wujud lebih banyak peluang pekerjaan untuk graduan

Menteri Sumber Manusia M Saravanan berkata, kerajaan sedang mencari jalan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan baru yang dijangka akan menghadapi cabaran semasa mencari kerja atas faktor kemerosotan ekonomi dan penularan wabak Covid-19.

Saravanan berkata, kementeriannya menyedari keadaan yang dihadapi oleh graduan disebabkan impak penularan Covid-19 terhadap ekonomi dan ia mempunyai pelan untuk membantu mereka.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Noraini Ahmad dilaporkan berkata, sekitar 75,000 daripada 300,000 graduan baru dijangka berdepan cabaran semasa mencari kerja dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

Beliau berkata Kajian Menjejak Graduan 2019 menunjukkan masih terdapat 41,161 graduan menganggur.

Dengan tambahan 75,000 graduan baru tahun ini, dijangkakan lebih daripada 110,000 graduan perlu diberikan perhatian bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Saravanan berkata, antara pelan untuk membantu graduan baru termasuklah jelajah kerjaya, insentif pekerjaan dan memperkenalkan peluang pekerjaan dalam ekonomi gig.

Beliau berkata, bukan semua sektor terjejas kerana sebahagian daripadanya mempunyai prestasi baik.

Beliau juga berkata, masalah pengangguran tidak terhad di Malaysia, tetapi turut dirasai di negara lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");