Panasnya Hari Ini

Kerajaan Digesa Sediakan Pelan Khas Tangani Isu Hilang Kerja

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyediakan Pelan Tindakan Khas untuk menangani kemelut 2.4 juta rakyat yang bakal kehilangan pekerjaan dan lebih 1.26 juta rakyat yang dijangka mengalami kemiskinan bagi tempoh beberapa bulan akan datang.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata angka itu berdasarkan unjuran dikeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kesan pendemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Beliau berkata, pihaknya juga mahu kerajaan melanjutkan moratorium secara pukal sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga bulan lagi.

“Meminta Kerajaan mempertimbangkan bantuan tambahan RM1,000 setiap penerima BPN (Bantuan Prihatin Negara) Sabah yang cuma menelan kos RM737 juta.

“Ini jauh lebih pantas dan berkesan berbanding hantaran bantuan bakul makanan yang dirumitkan oleh masalah logistik dan rekod penerima yang tidak lengkap,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini, lapor BH Online.

Katanya, pendirian itu antara yang diputuskan Pemuda UMNO pada mesyuarat mereka malam tadi yang dijalankan secara virtual.

Beliau berkata, Pemuda juga akan menggerakkan jenteranya di seluruh 191 bahagian bagi menjadi pemudah cara antara rakyat dengan agensi kerajaan bagi membantu mereka khususnya anak-anak muda yang sedang dihimpit kesusahan akibat hambatan ekonomi dan sosial.

Dalam mesyuarat itu, Asyraf berkata, Pemuda menyokong gencatan politik sebagaimana yang disarankan pucuk pimpinan sekali gus dihentikan segera sebarang polemik perebutan kuasa.

“Menolak sebarang kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP untuk menjatuhkan Kerajaan sedia ada, hanya bertujuan memenuhi hasrat beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");