Berita Hari Ini

Kerajaan diseru lebih tegas tangani pedofilia, kembiri kimia jadi contoh

Kerajaan digesa menangani isu pedofilia dengan lebih tegas, termasuk mengenakan hukuman lebih berat bagi memastikan jenayah itu tidak terus berlaku dalam kalangan masyarakat.

Ketika membuat gesaan itu, Presiden Pertubuhan Bahu Yang Membantu, Lilarurzaini Mohd Hussain, berkata di Indonesia, pesalah pedofilia dikenakan hukuman “chemical castration” iaitu kembiri secara suntikan kimia yang dapat memperlahankan imaginasi pesalah selepas dibebaskan.

“Saya berharap kerajaan memperkuatkan lagi akta dan mengenakan hukuman berat ke atas penjenayah pedofilia ini, kerana apabila mereka ini keluar dari penjara, mereka masih boleh mengulangi jenayah itu,” katanya kepada pemberita pada Forum Peranan Masyarakat dalam Memerangi Pedofilia serta Pelancaran NGO Pertubuhan Bahu Yang Membantu cawangan Perak di Bota Kanan hari ini.

Beliau mempelawa agensi kerajaan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) bagi menangani jenayah itu yang disifatkannya semakin membimbangkan.

Lilarurzaini juga berharap kajian mengenai pedofilia diketengahkan dalam silibus pembelajaran pada awal pendidikan supaya kanak-kanak lebih peka dengan jenayah berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Mohd Nizar Zakaria, yang turut hadir, berkata LPPKN menyediakan sesi kaunseling untuk ibu bapa dan juga kanak-kanak bagi mencegah jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Kaunselor LPPKN akan membantu ibu bapa memainkan peranan dalam melindungi anak daripada bahaya pedofilia sementara anak-anak pula dibimbing agar tidak terperangkap dalam situasi sedemikian, khususnya pada era teknologi semasa yang semakin mencabar ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");