Berita Hari Ini

Kerajaan Tiada Hasrat Laksana Semula PKP Di Seluruh Negara – Ismail Sabri

PUTRAJAYA: Sekiranya terdapat peningkatan kes positif COVID-19 di seluruh negara, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan mengikut lokaliti seperti di Pantai Timur Sabah.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti sebelum ini.

“Saya sudah katakan sebelum ini, tak mungkin akan sifar kes COVID-19 di seluruh negara. COVID-19 ini masih berada di sekeliling kita.

“Esok lusa, mungkin ada yang akan kena COVID-19 ini. Kalau ada satu atau dua kes, dan kita nak laksana PKP seluruh negara, sampai bila pun negeri-negeri tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan seluruh negara kerana satu dua kes ini.

“Jadi sebab itu belum lagi untuk kita laksana PKP,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Memetik Astro Awani katanya, mengambil contoh di Selangor, beliau berkata, jika terdapat kes yang meningkat dengan ketara, PKPD Secara Pentadbiran akan dilakukan mengikut kawasan tertentu.

“Kalau tiba-tiba di Selangor catat 40 hingga 50 kes, kita akan kenal pasti kawasan-kawasan di Selangor tersebut, iaitu kawasan merah secara bersasar di Selangor untuk kita laksana PKPD secara lokaliti.

“Kita tidak tutup seluruh Selangor pun. Kalau kena di Shah Alam misalnya, di Shah Alam sahaja, bukan seluruh Selangor.

“Mungkin satu atau dua pangsapuri atau perkampungan, ini sebagai contoh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");