Perak Hari Ini

Kerja Sanitasi: MBI Tiada Beri Kebenaran Pihak Swasta Guna Logo Rasmi

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan ada melantik mana-mana syariat swasta sebagai ejen atau wakil tunggal bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan dan nyah kuman atau disinfeksi bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Dalam satu kenyataan MBI mengingatkan orang ramai berwaspada dengan cubaan oleh mana-mana pihak yang mendakwa sebagai ejen MBI bagi melaksanakan kerja-kerja tersebut.

“Warga kota Ipoh dinasihatkan tidak terpengaruh dengan usaha-usaha beberapa pihak syarikat swasta yang mengaku sebagai agen MBI dalam menjalankan kerja-kerja sanitasi.

“MBI juga tidak pernah memberi kebenaran penggunaan logo rasmi dalam dokumen kepada mana-mana syarikat swasta.

“Untuk keterangan lanjut, warga kota Ipoh boleh menghubungi 05-208 3287/3290/3289/3286,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan MBI memaklumkan dalam tempoh sejak Januari tahun ini, sebanyak 194 permohonan lesen perniagaan tidak berisiko yang dibuat secara atas talian telah diterima dan diproses.

Katanya antara sektor perniagaan yang terlibat adalah kedai runcit, pemborong, pasar raya, kedai basikal, bengkel kenderaan dan motosikal.

“MBI telah mengemukakan sebanyak 121 notis pemakluman dan borang permohonan premis perniagaan kepada peniaga-peniaga di kawasan Gugusan Manjoi pada 8 September lalu.

“Ia juga adalah sebahagian daripada proses pemutihan dan melesenkan peniaga-peniaga di kawasan tersebut.

“Dengan adanya permohonan daripada peniaga-peniaga berkenaan, MBI dapat mengumpul data apabila diperlukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan agensi-agensi berkaitan.

“Secara tidak langsung ia boleh digunakan untuk penyaluran bantuan pada masa akan datang,” ujar kenyataan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");