Sukan Hari Ini

Khabib dapat bayaran RM24.95 juta

LONDON – Jaguh dunia seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dilaporkan memperoleh bayaran £4.6 juta (RM24.95 juta) selepas menewaskan Justin Gaethje dalam UFC 254, kelmarin.

Menurut Independent, atlet kelahiran Rusia yang mengumumkan persaraannya sejurus perlawanan berakhir dikatakan menerima bayaran paling tinggi dalam kariernya.

Selain menerima RM24.95 juta hasil kemenangannya, Khabib yang berusia 32 tahun turut mendapat bonus £40,000 (RM216,955) untuk Performance of the Night dan £40,000 dalam insentif minggu pertarungan memetik Agensi.

Khabib mengejutkan penonton apabila mengumumkan  persaraannya secara langsung sejurus memberikan ucapan kemenangan.

Dia merakamkan penghargaan kepada pasukannya tetapi menegaskan tidak akan kembali ke UFC tanpa kehadiran arwah bapanya, Abdulmanap di sini,

Bapanya meninggal dunia pada Julai lalu di sebuah hospital di Moscow, Rusia setelah mengalami kompikasi kesihatan akibat Covid-19.

Menurut Khabib, dia juga telah berjanji dengan ibunya bahawa ia merupakan pertarungan terakhirnya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");