Sukan Hari Ini
Like

Khabib Umum Persaraan

October 25, 2020
238 Views
0 Comments
1 minute read
Khabib Umum Persaraan

PARIS: Juara dunia lightweight MMA, Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraan mengejut dari arena sukan itu hari ini selepas mendedahkan dia ‘berjanji dengan ibunya’ bahawa pertarungannya dengan Justin Gaethje adalah yang terakhir.

Harian Metro yang memetik AFP melaporkan Atlet Russia, yang mengesahkan kemenangan pada pusingan kedua selepas berjaya menumbangkan lawan, bertarung buat pertama kali sejak kematian bapa dan jurulatihnya, Abdulmanap pada Julai lalu.

“Saya sukar dipertikaikan di UFC, juara tidak tewas dengan rekod 13-0 (di UFC), dan 29-0 dalam keseluruhan karier pro MMA saya,” katanya selepas kemenangan di Abu Dhabi.

“Saya berjanji dengan ibu ini mungkin adalah perlawanan yang terakhir saya. Tiada sebab untuk saya kembali ke sini tanpa bapa.”

Seteru tradisi Khabib, Conor McGregor dari Ireland adalah antara individu yang pertama mengucapkan tahniah kepada atlet Russia berusia 32 tahun itu diatas pencapaian sepanjang kariernya.

“Saya akan meneruskan. Juga sekali lagi hormat dan simpati kepada bapa kamu. Kepada kamu dan keluarga. Yang ikhlas, McGregors,” menurut catatannya di Twitter.

Comments are closed.