Panasnya Hari Ini

Kita Harus Berunding Dengan Kesabaran Agar Umat Islam, Melayu Kuat – Annuar

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) perlu terus berunding untuk memastikan kedudukannya terus kukuh dan tidak tumbang, kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa.

Menyedari penyatuan dan muafakat tidak mudah dicapai, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, PN akan hilang kekuatan jika berpecah.

“Insyaallah, kita sedar penyatuan dan muafakat tidak mudah. Allah melarang kita bercerai berai. Kita diperintah berpegang teguh pada tali Allah.

“Malah Allah memberi peringatan kita bakal hilang kekuatan jika berpecah. Kita harus berunding dengan kesabaran agar umat Islam dan Melayu kuat,” kata bekas Setiausaha Agung UMNO itu menerusi akaun Twitter.

Annuar berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin agar kerajaan PN dipertahankan.

Semalam, sepucuk surat yang menggunakan kepala surat UMNO yang didakwa ditulis oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang Di-Pertuan Agong (YDPA).

Intipati surat yang bertarikh 11 Oktober itu menyatakan ahli-ahli Dewan Rakyat UMNO memberi sokongan tidak berbelah bahagi dan setia kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Selain itu, surat tersebut juga menyatakan bahawa Ahmad Zahid dan Datuk Seri Najib Razak serta sebilangan wakil rakyat UMNO telah menarik balik sokongan serta kepercayaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun Ibu Pejabat UMNO ketika dihubungi MalaysiaGazette menafikan surat yang tular itu ditulis oleh Ahmad Zahid dan Najib.

Kata jurucakap pejabat Presiden, surat tersebut palsu kerana tidak mempunyai nombor rujukan.

Antara pemimpin UMNO yang telah bersuara tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP adalah Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Hari ini Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sayap parti itu kekal dengan keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini tidak akan bekerjasama dengan DAP. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");