Berita Hari Ini

KKM pertimbang cadangan kuarantin pesakit Covid-19 di rumah

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan langkah kuarantin di rumah bagi pesakit yang didapati positif Covid-19.

Bagaimanapun, ia mestilah pesakit yang tidak bergejala terutama di Sabah jika fasiliti kesihatan di negeri itu tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, jumlah katil yang disediakan di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah di Sabah setakat ini masih mencukupi.

“Langkah kuarantin di rumah perlu melihat kepada kesesuaian di rumah pesakit termasuk faktor ruang. Kita hanya pertimbangkan kalau perlu tapi setakat ini, tidak perlu lagi.

“Jika pusat rawatan risiko rendah tidak mencukupi, kita akan guna pakai konsep ini,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.

Mengulas mengenai kemampuan kapasiti merawat pesakit Covid-19 di Sabah, Noor Hisham berkata, kemampuan mencukupi dengan setakat ini di mana sembilan hospital dikenal pasti dan juga ruang yang ada boleh diubah suai menjadi Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19.

“Kita juga ada pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 yang sama seperti di MAEPS (Taman Ekspo Pertanian Malaysia) kerana KKM sudah siap siaga menghadapi gelombang ketiga.

“KKM memantau dengan teliti keperluan di hospital, katil, peralatan perubatan, alat bantuan pernafasan dan sebagainya, di mana setakat ini tidak ada kekurangan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");