Berita Hari Ini

Langgar SOP PKPP: Kompaun Akan Dikeluarkan Serta-Merta Di Lokasi

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara membenarkan Polis Diraja Malaysia untuk mengeluarkan kompaun secara serta-merta di lapangan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Astro Awani melaporkan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kompaun berkenaan boleh dikeluarkan oleh oleh pegawai berpangkat Inspektor ke atas.

“Jika sebelum ini, individu yang melanggar SOP ditahan dan dibawa ke balai polis untuk dikeluarkan kompaun, jadi mulai hari ini, kompaun akan dikeluarkan di lapangan di tempat kejadian berlaku.

“Jika berlaku di sekatan jalan raya, maka di situlah kompaun boleh dikeluarkan,” katanya pada sidang media menerusi laman Facebook Live hari ini.

Dalam perkembangan berhubung operasi pematuhan PKPP, beliau berkata PDRM telah menahan 357 individu pada Selasa atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

“Daripada jumlah itu, seramai 320 individu dikompaun, 35 lagi direman dan dua dijamin,” katanya.

Beliau berkata antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (167), gagal menyediakan peralatan atau merekod butiran diri (123), gagal menjaga penjarakan fizikal (34), gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah (23), keluar di kawasan PKPB tanpa kebenaran (lima), langgar perintah kuarantin (lima).

Menerusi Operasi Benteng yang dijalankan pula, beliau berkata 38 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua tekong dan empat penyeludup ditahan.

Katanya lagi, lapan kenderaan berat juga berjaya dirampas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");