Perak Hari Ini

Lantikan Aznel Sebagai Setiausaha Politik Penghormatan Kepada UMNO – MB Perak

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa tiada sebarang perbincangan dengan mana-mana pemimpin politik berkenaan keputusan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim Setiausaha Politik beliau.

Katanya ia kerana melantik seorang Menteri Besar boleh melantik mana-mana individu sebagai Setiausaha Politik tanpa perlu perbincangan.

Walau bagaimanapun jelas beliau pelantikan itu bukan sahaja akan memudahkan urusan untuk berkhidmat kepada rakyat malah ia juga disifatkan sebagai satu penghormatan kepada UMNO.

“Apabila saya berbincang dengan Datuk Iskandar, kita buat keputusan supaya melantik Datuk Aznel. Saya tidak ada berbincang dengan orang lain.

“Saya percaya dengan pelantikan Aznel ia akan memudahkan beliau memberi perkhidmatan kepada orang ramai dalam dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) termasuk daripada UMNO, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya kira jika semua pemimpin parti boleh menerima perkara ini dengan baik tentunya ia juga akan turut diterima baik dalam kalangan ahli akar umbi.

“Saya cuma memaklumkan pelantikan itu melalui kenyataan rasmi dan pelantikan Setiausaha Politk adalah bidang kuasa Menteri Besar. Pelantikan itu juga adalah satu penghormatan kepada UMNO sebenarnya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Inovasi 2020 Peringkat Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Terdahulu sebuah portal berita melaporkan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pemimpin UMNO kecewa dengan pembahagian jawatan-jawatan penting tanpa melakukan sebarang rundingan.

Pagi tadi, Aznel yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gerik mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perak di Pejabat Menteri Besar Perak, di sini.

Pelantikan Aznel dibuat bagi menggantikan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang kini diberikan amanah baharu bagi menguruskan hal ehwal berkaitan tanggungjawab Ahmad Faizal selaku Timbalan BERSATU dan lain-lain urusan di peringkat Persekutuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");