Perak Hari Ini

Laporan Polis Dibuat Terhadap Lokman Adam Ekoran Video Hina YDPA

IPOH- Penggerak Komuniti Negara Negeri Perak telah membuat laporan polis terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana dikatakan bertindak menghina Yang di-Pertuan Agong menerusi satu video.

Pengerusi Penggerak Komuniti Negara Parlimen Padang Rengas, Yushairil Iswan Ahmad Rohaini berkata, kenyataan Lokman dengan sengaja menghina dan mengaibkan Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan menyatakan Tuanku merestui dan membenarkan peralihan kuasa secara pintu belakang.

“Kami menegaskan sebagai seorang rakyat Malaysia yang menjunjung sistem raja berperlembagaan mengutuk sekeras-keranya kenyataan beliau.

“Kenyataan beliau melambangkan keperibadian beliau yang tidak menghormati dan saya boleh katakan ini sangat biadap dan patut diambil tindakan segera,” katanya kepada media selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini, hari ini.


Katanya, laporan dibuat berdasarkan klip video berdurasi 27 minit di YouTube di mana bermula minit 6.29 saat Lokman dengan jelas telah menghina yang dipertuan agong apabila mengatakan samada tuanku merestui dan membenarkan peralihan kuasa secara pintu belakang.

“Sekali lagi selepas itu beliau mengulangi beberapa kali lagi mengatakan perlantikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilakukan Yang Dipertuan agong pada 29 Februari 2020 sebagai perlantikan secara pintu belakang,” katanya.

Menurut beliau lagi, tindakan lokman merupakan satu kes jenayah yang sangat serius dan wajar diambil tindakan segera supaya pihak lain tidak mengikut tindakan berkenaan.

“Jadi kami dari Penggerak Komuniti Negara Negeri Perak ingin menegaskan sekali lagi bahawasanya perkara ini sangat serius dan wajar diambil tindakan segera supaya pihak lain tidak mengikut cara-cara dia yang sekarang.

“Dan apa-apa sahaja kenyataan beliau yang video sebelum ini sangat biadap dan saya harap pihak polis dan perbincangan di buat di mana menurut polis ini merupakan satu kes jenayah dan inshaAllah dalam pukul 6 petang saya akan ke IPD Ipoh,” katanya.

Video klip bertajuk 13 Oktober, tragedi tumbangnya kerajaan Muhyiddin? itu dimuat naik menerusi akaun YouTube Lokman Adam, dua hari lalu dan sehingga kini ditonton 7,600 pelayar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");