Perak Hari Ini

Legasi Cendol Deen Ct Corner Cecah 25 Tahun

IPOH- Cendol Deen Ct Corner masih teguh berdiri dengan usianya menjangkau hampir 25 tahun di mana menjadi salah satu kawasan tarikan untuk pengunjung menghilangkan dahaga dikala panas terik.

Walaupun masih mengekalkan menu yang sedia ada, kedai ini terus menjadi salah kedai yang tidak ketinggalan zaman dan sentiasa dikenali oleh penduduk Ipoh.

Pemiliknya, Sheikh Alaudeen, 67 berkata, beliau sebelum ini seorang peniaga yang berniaga di Medan Kidd, namun mula meneruskan legasi berniaga cendol dari abangnya.

“Tempat ini juga sudah 25 tahun beroperasi di mana sebelum ini saya berniaga di Medan Kid dan kedai ini adalah kedai abang saya, abang saya dah tak larat, jadi saya ambil alih.

“Sebelum ini pakcik saya yang memulakan perniaga di mana beliau hanya menaiki motosikal untuk mencari pelanggan,” katanya ketika ditemui.

Menurut Alaudeen, beliau dan abangnya mula belajar untuk membuat cendol dari pakciknya itu.

“Kita belajar, kita ambil ilmu dari pakcik kita dan mula berniaga, lepas itu saya ambil alih kedai ini pada 10 tahun yang lalu.

Katanya, beliau masih mengekalkan menu yang sedia ada dan tidak berhasrat untuk menambah menu lain seperti durian kerana harganya yang mahal.

“Menu pula seperti pulut, cendol dan kacang di mana kita buat secara ekonomi termasuk PJK (Pulut Jagung Kacang), saya tak nak buat durian sebab durian mahal, satu keluarga makan boleh cecah ratus-ratus.

“Menu ini sudah cukup tetapi jika ditambah lagi banyak-banyak rasanya sudah lari,” katanya.

Cendol Deen Ct Corner akan memulakan operasi bermula jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang tetapi jika bahan-bahan habis awal, maka akan ditutup awal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");