Berita Hari Ini

Lelaki Maki Polis Apabila ditegur Tidak Pakai Pelitup Muka Ditahan

KULIM: Seorang lelaki ditahan selepas mengeluarkan perkataan kesat dan cuba mencederakan anggota polis selepas ditegur kerana tidak memakai pelitup muka.

Astro Awani melaporkan suspek yang berusia 51 tahun merupakan seorang penganggur datang ke kaunter aduan di Balai Polis Lunas, di sini tanpa memakai pelitup muka.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superitedan Azhar Hashim, kejadian berlaku kira kira pukul 9.15 pagi apabila suspek datang bersendirian untuk membuat aduan.

Bagaimanapun, sebaik melangkah masuk, seorang anggota polis bertugas menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka.

Suspek tiba-tiba naik berang kemudiannya telah membaling bag sandangnya ke arah polis berkenaan selain melemparkan kata kata-kata kesat.

Suspek turut menolak dan mencabar anggota polis supaya menangkapnya.

“Suspek turut mengambil gambar sebelum membuat provokasi dan menolak anggota polis berkenaan. Suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau telah ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Namun suspek berjaya ditenangkan Ketua Balai Polis Lunas, Inspektor Zulkipli A Rahim yang keluar selepas mendengar suara pekikan suspek sebelum ditahan.

Suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 12 Oktober untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");