Perak Hari Ini

Masih Tiada Lagi Perbincangan Berkenaan PRK Batu Sapi – Ahmad Faizal

GOPENG: Masih tiada sebarang perbincangan antara parti-parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkenaan keputusan sama ada untuk bertanding atau sebaliknya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata perbincangan berkenaan hal sama akan diadakan sekiranya berlaku peningkatan lagi kes COVID-19 dalam negara.

“Dalam pengetahuan saya masih tiada lagi perbincangan sama ada untuk menangguhkan penyertaan dalam PRK tersebut atau sebaliknya.

“Namun sekiranya kes positif COVID-19 menjadi dalam suatu keadaan seperti yang boleh merumitkan usaha mengubati pesakit, ketidakcukupan katil di hospital dan sebagainya, tentu sekali kita akan mencari jalan untuk diadakan perbincangan berkenaan hal itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Pusat Pemprosesan Dan Pengumpulan Nanas Gopeng Pineapple (Gopine) oleh Syarikat Gopeng Berhad di RTC Gopeng, hari ini.

Semalam Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan sebarang calon untuk pada PRK Parlimen Batu Sapi.

Cadangan yang sama kepada Perikatan Nasional (PN) dan semua parti politik itu dibuat susulan penularan COVID-19 yang semakin meluas di Sabah sehingga boleh mencetuskan risiko keselamatan kepada rakyat.

Kelmarin, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ikmalrudin Ishak, berkata tarikh-tarikh penting bagi PRK tersebut akan ditentukan dalam mesyuarat Selasa ini.

PRK Parlimen Batu Sapi perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong, pada 2 Oktober lalu.

Vui Keong, 60, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, Sabah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");