Perak Hari Ini

Masjid Model Masjidil Haram Di Gua Musang

KUALA LUMPUR – Masjid baharu yang terletak di Bandar Lama, Gua Musang bakal menjadi satu lagi mercu tanda di daerah itu dan Kelantan.

Diberi nama Masjid Razaleigh, reka bentuknya mengambil inspirasi dari Masjidil Haram di Mekah yang dilengkapi sembilan menara setinggi 30 meter dan tujuh kubah.

Masjid yang mampu memuatkan lebih 3,000 jemaah mula dibina akhir 2016 lalu, kini dalam persiapan akhir sebelum dibuka.

Masjid Tengku Razaleigh yang bernilai lebih RM32 juta berkeluasan 70,000 kaki persegi yang menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin dibina di atas tapak seluas 1.5 hektar.

7D330EE2-F050-40B4-B0B5-C4606DF6EFB3.jpeg
9656B6D3-D91D-4074-8317-428C262913E0.jpeg

Mula dibina pada akhir 2016, masjid diilhamkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah itu.

Sementara itu Masjid Razaleigh akan dibuka selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Tengku Razaleigh Hamzah berkata, ia sepatutnya dibuka sempena Aidiladha lalu namun terpaksa ditangguhkan sementara waktu sehingga tamat PKPP.

“Pembukaan masjid perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat terutama penjarakan sosial yang boleh menimbulkan rungutan dalam kalangan jemaah,” katanya media sebelum ini.

Ketika ini, ramai pengunjung sudah mula hadir dan mengambil gambar kenangan di depan masjid tersebut- MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");