Berita Hari Ini

Mayat Berbungkus Dijumpai Di Tepi Lebuh Raya

RAWANG: Mayat yang telah dibungkus dengan plastik telah ditemui di tepi Lebuhraya Rawang–Serendah, Selangor petang tadi.

Astro Awani melaporkan kejadian itu disedari oleh seorang lelaki yang sedang berjoging melalui lebuh raya berkenaan pada kira kira jam 2 petang.

Curiga dengan bungkusan berkenaan, saksi bertindak menghubungi pihak polis.

Pasukan forensik Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K-9) dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pemeriksaan awal mendapati keadaan mayat sudah mula mereput dan seterusnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Proses pengendalian mayat turut dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan termasuk memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) .

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat, agar menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");