Berita Hari Ini

Menteri agama bebas Covid-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan pulang petang ini.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, beliau dinasihatkan berehat di rumah sehingga selesai perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Saya dibenarkan untuk keluar dari wad petang ini kerana disahkan pulih sepenuhnya daripada Covid-19,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, beliau disarankan untuk tidak bertemu dengan mana-mana individu.

“Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi agama bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, fokus utama ketika ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutama di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor yang berada bawah PKPB bermula hari ini hingga 27 Oktober.

“Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin,” katanya.

Zulkifli antara pemimpin yang didapati positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah akhir bulan lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");