Panasnya Hari Ini

Mesyuarat Tergempar BN: Dipercayai Bincang Kedudukan Dalam PN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat tergempar Barisan Nasional (BN) dipercayai membincangkan mengenai kedudukan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) dan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Memetik BH Online, Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau hadir mesyuarat tergempar itu bagi mengetahui mengenai pandangan BN berhubung sokongan kepada Muhyiddin.

“Itulah yang dibincangkan (kedudukan Muhyiddin) dan saya mahu tahu keputusan BN mengenainya,” katanya kepada media ditemui di lobi Menara Dato Onn, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kedudukan UMNO sama ada masih menyokong PN, katanya beliau tidak tahu dan perkara itu perlu menunggu keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Difahamkan UMNO akan mengadakan mesyuarat MKT malam ini bagi membincangkan perkara yang sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");