Berita Hari Ini
Like

Muhyiddin jumpa semua MB, KM esok lepas Agong umum tiada darurat

October 25, 2020
307 Views
0 Comments
53 seconds read
Muhyiddin jumpa semua MB, KM esok lepas Agong umum tiada darurat

Pembantu kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah menjemput Amirudin ke mesyuarat esok.

Perkembangan itu hadir selepas Istana Negara petang ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memutuskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat.

Pembantu Amirudin itu mengesahkan pertemua berkenaan sebagai mengulas laporan yang mengatakan Muhyiddn akan memanggil mesyuarat di Putrajaya esok dengan semua ketua menteri dan menteri besar negeri.

“Menteri besar telah dijemput dan akan hadir esok,” kata pembantu itu ketika ditanya oleh wartawan mengenai mesyuarat berkenaan.

Pejabat Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu juga mengesahkan pertemuan itu akan berlangsung pada pukul 9.30 pagi esok.-Mkini

Comments are closed.