Panasnya Hari Ini

Musa Aman Sangkal Dirinya Punca Peningkatan kes Covid-19 Di Sabah

KOTA KINABALU – Tan Sri Musa Aman menyangkal dakwaan berkaitan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di Sabah berpunca cubaannya merampas kuasa ketua menteri sehingga berlakunya pilihan raya negeri (PRN).

Kosmo Online melaporkan Musa menerusi surat terbukanya kepada rakyat Malaysia hari ini menyifatkan dakwaan terbabit sebagai fitnah yang tidak berasas.

“Shafie mendesak pilihan raya diadakan kerana menyedari beliau hilang keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Beliau sepatutnya bertindak sebagai seorang budiman namun memilih untuk menasihati Yang di-Pertua Negeri Sabah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan pilihan raya walaupun menyedari kesan tindakan itu ketika waktu pandemic Covid-19 ketika ini,” katanya.

Jelasnya, Shafie boleh memilih untuk meletak jawatan secara bertanggungjawab atau mengadakan pilihan raya ketika pandemik Covid-19 tetapi beliau lebih mementingkan diri sendiri dengan membuat keputusan yang jelas salah.

“Lihat menteri besar dan ketua menteri lain bertindak secara matang dan terpuji dengan meletakkan jawatan. Tiada yang memilih untuk membahayakan nyawa rakyat di negeri masing-masing tetapi Shafie tidak berbuat demikian,” katanya.

Musa berkata, seluruh negera termauk Sabah menyaksikan peningkatan ketara kes jangkitan Covid-19 iaitu ratusan kes baharu setiap hari sejak PRN Sabah lalu.

Menurut Musa, dirinya terpanggil menulis surat berkenaan bagi menjelaskan punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di Malaysia sekaligus membuka mata rakyat di atas pembohongan dan fitnah yang didalangi jentera propaganda Warisan Plus.

“Warisan Plus wajar mengakui punca sebenar peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara disebakan tindakan ketua mereka dan bukannya menyalahkan saya serta kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Saya tidak fikir mana-mana pemimpinnya akan menyentuh isu pandemik ini sekiranya Warisan Plus memenangi PRN Sabah baru-baru ini,” ujarnya.

Jelas beliau, ekoran tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka, dapat melihat hari ini pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan (PH) sewenang-wenangnya menuding jari dengan mudah menyatakan cubaannya menggulingkan Presiden Warisan, Datuk Serdi Mohd Shafie Apdal membawa kepada PRN.

“Malahan DAP dalam usahanya mengelirukan rakyat, Ahli Parlimennya, Teresa Kok berkeras menyatakan PRN Sabah berpunca daripada saya, kerana cuba menggulingkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk “kerajaan pintu belakang” selain mendakwa tindakan saya sebagai “dosa utama” yang menyebabkan peningkatan kes.

“Saya ingin mengingatkan Teresa Kok, PH, Warisan Plus dan sesiapa saja pemimpinnya, bahawa pakatan dianggotai DAP, PKR dan Amanah yang menyokong penuh Shafie dalam menasihati Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");