Membawang Hari Ini
Like

Neelofa kini berniqab

October 15, 2020
359 Views
0 Comments
1 minute read
Neelofa kini berniqab

Pengacara, Neelofa, 31, mengesahkan dirinya berniqab selepas memuat naik foto dengan penampilan terbaru di Instagram (IG), kira-kira dua jam lalu.

Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Assalamualaikum, doakan saya, insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.

“Kirimkan juga doa buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi.

 

Neelofa meminta doa peminat agar perjalanan baharu hidupnya dirahmati Allah. Foto IG Neelofa
Neelofa meminta doa peminat agar perjalanan baharu hidupnya dirahmati Allah. Foto IG Neelofa

 

“Insya-Allah, semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsannya,” katanya kepada BH Online.

Neelofa turut bersyukur keputusannya berniqab mendapat sokongan penuh ibu, Noor Kartini.

“Insan teragung yang sentiasa berada di sisiku di setiap langkah… I love you so much Mama,” tulisnya di IG.

Selain itu, pengasas empayar perniagaan, Naelofar turut meluahkan terima kasih dan penghargaan atas doa dan sokongan orang ramai.

Comments are closed.