Perak Hari Ini

Parti Gerakan Lancar Petisyen, Rakyat Muak Dengan Kemelut Politik Negara

IPOH- Kepentingan rakyat dan negara adalah lebih penting daripada agenda politik tegas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tentang kemelut politik yang melanda negara kini.

Ketua Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia Negeri Perak, Ir Ing Kean Sing berkata, kita seharusnya menjunjung titah nasihat Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tentang ketaksuban terhadap politik.

“Kita kena patuh kepada nasihat YPDA yang menasihatkan orang-orang politik jangan terlalu taksub dengan kuasa, rebuatan kuasa, yang penting kita kena bersama-sama bersatu hati menghadapi pendermik di mana ianya lebih penting dari segala-galanya.

“Nyawa manusia itu penting, jangan kita ulang dengan apa yang berlaku di Sabah dan jangan pisang berbuah dua kali,” katanya dalam satu sidang media di Wisma Gerakan, hari ini.

Katanya, Gerakan telah melancarkan satu petisyen bagi menyampaikan isi hati rakyat yang hanya kisah dengan penularan Covid-19.

“Kami menyeru rakyat beri sekongan padu terhadap petisyen ini kerana kepentingan rakyat dan negara lebih penting daripada agenda politik.

“Kita dah tengok kalau ada pergolakan politik yang bukan-bukan tentunya susah nak kawal walaupun pihak berkuasa cuba mengawal tetapi kita tahulah orang politik kalau nak tunjuk kuasa mana nak dengar,” katanya lagi.

Ujar beliau, rakyat dah muak dengan perkara ini (rebutan kuasa) dan itu lah ‘tagline’ yang beliau selalu dengar.

Petisyen ‘Menjunjung Titah Tuanku, Henti Krisis Politik, Satu Hati Lawan Covid-19!’ telah ditandatangani lebih 700 orang dan ia akan di buka sehingga pembentangan Belanjawan 2021.

“Petisyen ini untuk kita jaga kesejahteraan rakyat, boleh dilakukan dengan memberi nasihat dan cadangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");