Panasnya Hari Ini
Like

Pas Seru Parti Politik Dalam Kerajaan Beri Sokongan Padu Kepada Muhyiddin

October 15, 2020
275 Views
0 Comments
2 minutes read
Pas Seru Parti Politik Dalam Kerajaan Beri Sokongan Padu Kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pas menyeru semua parti politik yang diberikan amanah membentuk kerajaan supaya memberi sokongan padu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membolehkan kerajaan berfungsi dengan baik dan efektif.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Jemaah Kabinet yang dianggotai Barisan Nasional, Perikatan Nasional, GPS, Pas dan GRS juga mesti bertindak secara kolektif dan bertanggngjawab dengan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Katanya, ini terutama dalam era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik Covid-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas.

Takiyuddin turut menzahirkan junjung kasih ke atas Yang di-Petuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah baginda menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan dalam negara.

“Pas yakin baginda telah bertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budi bicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan,,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selasa lalu Seri Paduka Baginda menasihati Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Anwar sebelum itu menghadap baginda dan mempersembahkan sokongan majoriti yang didakwa diperolehinya bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan baharu dan seterusnya dilantik sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun Istana Negara dalam kenyataan menyusul selepas pertemuan itu mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang itu hanya menyerahkan jumlah sokongan tanpa memberikan senarai nama ahli-ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau.

Ahli Parlimen Port Dickson itu dalam sidang media memaklumkan perkembangan pertemuan itu memaklumkan baginda akan memanggil ketua-ketua parti politik untuk mendapatkan pandangan. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat

Comments are closed.