Perak Hari Ini

Pasangan Suami Isteri Direman, Curi Beg Pekerja Pasar Mini

BATU GAJAH- Sepasang suami isteri ditahan dalam satu serbuan di sini, malam tadi selepas disyaki mencuri beg pinggang seorang pekerja di sebuah pasar mini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa hanya menyedari kehilangan beg miliknya apabila mahu mengambil duit untuk membeli minuman.

Katanya, mangsa bagaimanapun membuat pemeriksaan kemera litar tertutup (CCTV) pasaraya berkenaan dan dapati beg tersebut telah diambil oleh pelanggan tersebut.

“Pemeriksaan rakaman CCTV di tempat kejadian dapati, pada 10 Oktober jam lebih kurang 3.45 petang suspek iaitu seorang lelaki dan wanita India telah masuk ke dalam pasar mini sebagai pelanggan.

“Kemudian pada jam lebih kurang 3.49 petang, suspek yang sarat mengandung sembilan bulan telah mencuri satu beg berwarna hitam dipercayai milik pengadu, dan bawa ke bahagian belakang kedai sebelum memasukkan beg tersebut ke dalam baju mengandungnya kemudian, kedua-dua suspek kemudiannya keluar dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Ahmad Adnan, hasil siasatan awal ke atas kedua-dua suspek, mereka mengaku terlibat dengan kes yang sedang disiasat dan telah direman pada pagi ini di Mahkamah Majistret Batu Gajah.

Menurut beliau lagi, anggaran kerugian adalah lebih kurang Rm450 iaitu termasuk satu unit telefon bimbit jenis Huawie Honor dan wang tunai bernilai RM150.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");