Berita Hari Ini

Pemandu Myvi Dijel 6 Tahun, Denda RM11,300

JOHOR BAHRU – Pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota tentera dalam kemalangan Sabtu lalu, dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM11,300 oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas empat kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah Sabtu lalu.

Majistret Suhaila Shafi’uddin membuat keputusan berkenaan selepas Nur Fatin Nazrah Suhaimi, 23, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan itu.

Majistret turut memerintahkan Nur Fatin dipenjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda berkenaan selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.

Suhaila turut memerintahkan Nur Fatin yang juga seorang pekerja kilang untuk membayar denda berjumlah RM2,800 atas tiga lagi kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu, memandu kereta yang tiada cukai jalan dan tiada insurans, selepas dia turut mengaku bersalah atas ketiga-tiga kesalahan berkenaan.

Mahkamah turut Dia turut memerintahkan tertuduh menjalani penjara tambahan masing-masing selama enam, empat dan tiga bulan lagi, sekiranya gagal membayar denda berkenaan selain hilang kelayakan untuk memegang dan memperbaharui lesen memandu selama lima tahun.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki, Laskar Kanan Mohd. Rizal Buseri, 31, yang juga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kilometer 4, Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, kira-kira jam 8.24 pagi, 10 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987, yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua hingga ketiga, Nur Fatin didakwa memandu dengan tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan dan tiada insurans di lokasi dan masa yang sama.

Atas kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987, Seksyen 15(1) dan Seksyen 90(1) akta yang sama, masing-masing memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, dan manakala bagi Seksyen 90(1) memperuntukkan denda maksimum RM1,000.

Dalam mahkamah berasingan, Nur Fatin turut diperintahkan penjara tujuh bulan secara berasingan daripada hukuman terdahulu selain menjalani Perintah Pegawasan selama dua tahun, selepas mengaku bersalah memasukan dadah dalam badannya.

Dalam pertuduhan kelima itu dia didakwa memasukan dadah berbahaya jenis methamphetamine dan amphetamine dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan Pengarah Pendakwa Raya Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Noridayu Md Kassim.

Terdahulu, Nur Fatin yang dilihat lemah duduk di atas kerusi roda dibawa masuk ke mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dengan diiringi polis trafik pengiring. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");