Berita Hari Ini

Pemandu Wanita Sebabkan Kematian Anggota TLDM Positif Dadah

JOHOR BAHRU – Pemandu kereta Perodua Myvi ditahan bagi membantu siasatan dalam kemalangan sehingga mengakibatkan maut di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi dekat sini pagi semalam.

Kosmo Online melaporkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain, berkata, ujian air kencing terhadap wanita berusia 23 tahun ditahan itu juga didapati positif.

“Pemandu Myvi sudah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Saringan awal air kencing mendapati positif dadah. Turut siasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video menerusi rakaman kamera perakam video (dashcam) berdurasi 37 saat memaparkan berlaku insiden kereta Honda Accord berwarna putih terbalik selepas dilanggar kenderaan lain dalam kejadian berhampiran dengan lampu isyarat.

Mohd. Padzli menerusi kenyataan berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berlaku berpunca daripada pemandu kereta jenis Myvi dipercayai hilang kawalan.

Katanya, pemandu itu kemudiannya terbabas melanggar tembok batu pembahagi jalan dan seterusnya melanggar dua kenderaan lain yang berada di persimpangan lampu isyarat menghala ke Plaza Pelangi Johor Bahru.

“Akibat daripada kemalangan terbabit, pemandu kenderaan jenis Honda Accord mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");