Perak Hari Ini

Perak Arah GLC Pastikan Tiada Tanah Terbiar, Beri Peluang Sewaan Kepada Petani Terjejas

IPOH- Kerajaan Perak telah mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC negeri) dan badan-badan berkanun untuk memastikan tiada tanah-tanah yang terbiar di negeri ini.

Pendemik Covid-19 memaksa rakyat mengambil seberapa banyak peluang untuk memastikan rantaian makanan serta keperluan hidup dapat diteruskan seperti biasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan cadangan untuk menyewa tanah-tanah di bawah kerajaan negeri atau GLC negeri oleh golongan yang terjejas untuk tujuan pertanian sehingga agensi Kerajaan memerlukan tanah tersebut untuk kegunaan Kerajaan.

Katanya, pihak kerajaan negeri meneliti cadangan tersebut akibat daripada kesan daripada wabak Covid-19 yang telah menyebabkan sesetengah individu kehilangan mata pencarian bagi kelangsungan hidup.

“Bagi menjunjung titah mSultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk negeri Perak menjadi antara penyumbang utama kepada sekuriti makanan negara, Kerajaan Negeri mengarahkan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC negeri) dan badan-badan berkanun untuk memastikan tiada tanah-tanah yang terbiar.

“Tanah- tanah yang masih belum dibangunkan, perlu dimanfaatkan untuk kegiatan pertanian,” katanya menjawab soalan bertulis Leong Cheok Keng (DAP-Malim Nawar) pada Mesyuarat Kedua, Tahun Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Tambah beliau, GLC negeri yang lain turut terbuka kepada cadangan berkenaan iaitu memberikan sewaan tanah kepada petani.

“Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Perak (LPHP), Perbadanan Menteri Besar dan lain-lain GLC negeri terbuka kepada cadangan tersebut sekiranya tapak yang dipohon masih belum mempunyai apa-apa komitmen atau belum sesuai untuk diusahakan.

“Para petani atau individu yang berminat boleh mengemukakan permohonan bertulis kepada GLC yang berkaitan,” katanya

Ujar beliau, pihak Kerajaan melalui jabatan dan agensi komited untuk menjayakan agenda ini.

“Kita bukan sahaja bersedia untuk membantu dari aspek penyewaan tanah, tetapi juga menawarkan khidmat nasihat teknikal, peluang pasaran dan kursus-kursus yang releven bagi melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berjaya di negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");