Berita Hari Ini

PH dan pembangkang perlu bincang elak darurat- Salahuddin

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub mencadangkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dalam parti pembangkang yang lain mengadakan perbincangan segera bagi mengelakkan daripada darurat diisytiharkan.

Beliau berkata, pengisytiharan darurat harus dielakkan kerana memberi kesan terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik.

“Kita seharusnya berbincang dengan kadar segera agar kita boleh mengemukakan pelbagai pandangan konstruktif untuk menyelamatkan negara dari pengisytiharan darurat.

“Saya percaya bahawa Pakatan Harapan pasti boleh berperanan dalam mengemukakan cadangan yang bersesuaian kepada pihak kerajaan agar pengisytiharan darurat ini boleh dielakkan.

“Ingin saya tekankan di sini bahawa pengistiharan darurat ini harus dielakkan kerana kesannya terlalu besar kepada pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan politik,” katanya dalam kenyataan.

Petang ini, Majlis Raja-Raja mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan beberapa cadangan yang telah dipersembahkan kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat lalu terutamanya mengenai penularan Covid-19.

Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang itu hanya dihadir oleh Raja-Raja Melayu dan tidak melibatkan Yang di-Pertua Negeri atau mana-mana ahli politik. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");