Berita Hari Ini

PKPB Bolehkan Ekonomi Dan Rantaian Bekalan Diteruskan – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.

“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial,” katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.

https://twitter.com/dghisham/status/1315716569742204930?s=21

Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.

“Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19.

“Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian,” ujarnya.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober memetik Astro Awani.

Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");