Berita Hari Ini

PM kuarantin 14 hari

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman selama 14 hari seperti dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19.

Muhyiddin berkata, ia bagaimanapun tidak mengganggu urusan kerajaan, sebaliknya beliau akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang perlu dipengerusikan ketika tempoh kuarantin kendiri.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya juga melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 setiap 2 minggu sejak April dan semua ujian pengesanan ini sudah disahkan negatif.

“Selain itu, saya sudah melakukan 3 ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 3 minggu lalu iaitu pada 22, 26 dan 29 September dan didapati negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Muhyiddin turut memaklumkan pada 3 September lalu beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Zulkifli.

“Untuk makluman, Zulkifli disahkan positif jangkitan Covid-19 hari ini dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban. KKM sudah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat tersebut,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan penilaian risiko dilakukan KKM, mereka yang dikenalpasti kontak rapat ketika mesyuarat itu sudah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan.

“Ahli mesyuarat bukan merupakan kontak rapat pula dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober dan memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera,” katanya.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");