Berita Hari Ini

PM pertahan keputusan PKPB di Selangor, KL, Putrajaya

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan keputusan Putrajaya melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dengan alasan peningkatan jumlah kes Covid-19 di kawasan berkenaan.

Keputusan kerajaan melaksanakan PKPB di seluruh negeri mulai esok hingga 27 Oktober mengejutkan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari kerana beliau mendakwa wabak itu hanya “membimbangkan” di Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling.

Amirudin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri akan mengusulkan beberapa cadangan kepada persekutuan, terutama untuk kawasan yang dianggap sebagai zon hijau atau kuning.

“Langkah yang diambil oleh MKN adalah proaktif untuk bendung penularan Covid-19. Kita tak mahu dan terhantuk baru nak terngadah.

“Seperti contoh di Selangor, pada peringkat awal hanya 2 daerah dan sekarang dah merebak ke kawasan lain. Kita juga ada pengalaman di Sabah, kita tak mahu tunggu lama baru nak bertindak,” kata Muhyiddin pada sidang media disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Ketika mengumumkan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata ia dilaksanakan susulan peningkatan kes Covid-19 di daerah Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang bersetuju dengan keputusan MKN berkata, kerajaan tidak perlu menunggu sehingga zon kuning berubah menjadi zon merah untuk melaksanakan PKPB.-FMT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");