Perak Hari Ini

Polis Siasat Kain Rentang Tertera Tulisan Provokasi, Kesat Di Ipoh

IPOH – Malam tadi tular di media sosial memaparkan kain rentang yang tertertera tulisan berunsurkan provokasi dan kesat di dua lokasi di sini.

Kain rentang yang digantung di jejantas Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Medan Selera Stadium Perak dekat sini dikatakan berkaitan dengan perkembangan terkini kes COVID-19 dalam negara.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata pihaknya sudah membuka dua kertas inkuiri polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Katanya selepas menerima maklumat terdapat kain rentang dengan kata-kata penghinaan berbunyi ‘rakyat jaga rakyat, menteri jaga poket’ yang digantung di Stadium Perak, sepasukan anggota polis dari Balai Polis Sungai Senam telah melakukan pemeriksaan lokasi berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota polis mendapati kain rentang tersebut telah tiada. Hasil pemeriksaan di lokasi sekitar juga gagal menemui kain rentang berkenaan.

“Hasil siasatan di tempat kejadian tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di kawasan sekitar . Tiada saksi bebas yang tampil untuk di rakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, Asmadi berkata sepasukan anggota polis turut memerima maklumat awam berkenaan kain rentang tertera kata-kata kesat yang digantung di jejantas HRPB, di sini kira-kira jam 9 malam tadi.

Bagaimanapun katanya pasukan bertindak khas Balai Polis Sungai Senam yang tiba di lokasi mendapati tiada kain rentang yang digantung di situ.

“Pemeriksaan di kawasan sekitar dilakukan dan telah menemukan kain rentang berwarna putih dengan tulisan merah dan hitam di dalam tong sampah di hentian bas Jalan Raja Ashman Shah menghala ke Pasar Raya Angsana Mall,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");