Perak Hari Ini

Presiden Jamin Bos Gaurus FC Akan Ditukar Kepada Perak FC

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) memberi jaminan bahawa pasukan bola sepak negeri akan dijenamakan semula sebagai Perak FC pada musim hadapan.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata penggunaan nama The Bos Gaurus FC seperti dilaporkan media sebelum ini adalah sebagai langkah mempercepatkan proses penswastaan yang berakhir 30 September lalu.

“Kita segerakan pendaftaran pasukan untuk penswastaan dengan menggunakan nama The Bos Gaurus FC.

“Namun penyokong bola sepak Perak jangan bimbang. Saya sendiri peminat tegar pasukan bola sepak kita dan tentunya kita tidak akan menggunakan nama lain selain nama ‘Perak’.

“Jadi, apabila kita sudah menyiapkan kertas EXCO untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) bagi mendapatkan kebenaran menggunakan nama Perak itu, maka The Bos Gaurus FC akan ditukarkan kepada Perak FC,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Seminar Integriti Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru di sini, hari ini.

Semalam Gabungan Penyokong Bolasepak Perak (TBG MOBS) telah memorandum ke Pejabat PAFA susulan spekulasi perubahan nama pasukan bola sepak negeri.

Sebuah media tempatan yang memetik sumber PAFA melaporkan Perak memilih nama The Bos Gaurus FC untuk berkasi pada musim hadapan.

Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PAFA, Datuk Adly Shah Ahmad berkata nama Perak FC akan digunakan sebaik sahaja permohonan diluluskan kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar berkata perkara tersebut akan dibawa ke MMK yang dijadualkan esok.

“Jika rakyat mula nak gunakan nama Perak FC, sudah boleh gunakan. Tetapi bagi proses untuk kita buat nama sesuatu syarikat dengan menggunakan nama negeri atau jata negeri, ia mesti mendapatkan kelulusan MMK terdahulu.

“Semua penyokong jangan panik, yang pentingnya kita hendak menang perlawanan terakhir dan InsyaAllah saya mendoakan kita berjaya memasuki pertandingan AFC pada musim yang akan datang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");