Berita Hari Ini

PRK Batu Sapi: Pemuda Pas Cadang MN Dan PN Tidak Hantar Calon

SHAH ALAM – Pemuda Pas mencadangkan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) tidak menghantar pencalonan pada Pilihan Raya Kecil (PRN) Parlimen Baru Sapi.

Ini berikutan notis yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia berkenaan pengosongan kerusi Parlimen P185 Batu Sapi atas kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia boleh diisi parti penyandang (status quo) bagi mengelakkan situasi lebih buruk seperti pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan kenaikan mendadak kes-kes baharu wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya lapor Sinar Harian, keutamaan kini bukanlah kepada PRK tetapi nyawa rakyat yang terlalu bernilai untuk dipertaruhkan jika berlaku PRK yang pada hakikatnya boleh dielakkan tanpa melanggar prosedur dan ketetapan di dalam Perlembangaan.

“Pemuda Pas penuh yakin bahawa tanpa menawan kerusi Batu Sapi sekalipun, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyidin Yasin terus kekal utuh, dihormati dan disayangi oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Pemuda Pas berharap parti politik di Malaysia boleh bersama dalam perkara ini untuk kepentingan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");