Perak Hari Ini

Pusat Tahfiz Cari Inisitif Jual Album Untuk Tambah Dana

IPOH – Bagi menambah suntikan dana untuk menampung kos operasi, sebuah pusat tahfiz iaitu Pusat Tahfiz Al-Ulya telah mengambil inisiatif dengn menjual album ‘Bismillah’.

Pengerusi Jawatankuasa Tahfiz Al-Ulya, Mohd Azhar Abd Latif berkata, pada ketika ini sumber pendapatan utama pusat tahfiz adalah melalui yuran bulanan yang dibayar ibu bapa, namun jumlah sekitar RM30,000 yang dikutip daripada 60 pelajar itu masih belum mencukupi memandangkan pembiayaan sebenar yang ditanggung mencecah hampir RM50,000 sebulan.

“Lebihan RM20,000 itulah yang kami cari untuk mencukupkan pembiayaan di pusat ini di mana sebelum ini saya buat jualan-jualan di setiap ceramah untuk tambah dana dan dengan adanya album ini dapatlah dijadikan satu lagi inisiatif menambah dana sedia ada.

“Sekurang-kurangnya nanti bila bayaran yuran masuk, tidaklah terus habis kita gunakan, ada juga simpanan untuk kita bayar gaji guru dan kos penyelenggaraan di pusat ini,” katanya ketika ditemui pemberita sempena majlis pelancaran album ‘Bismillah’ di sini hari ini.


Majlis hari ini bagaimanapun disempurnakan Tokoh Kartunis, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali Datuk Lat.

Album mini yang memuatkan lima lagu tersebut dinyanyikan sendiri oleh beliau di mana ianya mendapat sentuhan pemuzik tempatan iaitu pemain seruling terkenal, Muhardiman Ismail serta pemain gitar Along Exist.



Beliau berkata, penjualan album mini terbabit diharap dapat membantu keperluan pusat tahfiz itu yang kekurangan dana terutama dalam urusan bayaran gaji guru serta penyelenggaraan asrama.

Orang ramai boleh mendapatkannya di semua platform media sosial dengan harga RM20 manakala bagi edisi terhad dijual pada RM45 di mana buat masa ini, sebanyak 1,000 unit telah dikeluarkan.

Mohd Azhar berkata, semua lagu yang dimuatkan dalam album itu adalah karyanya sendiri bersama rakan-rakan dengan lirik yang ditulis lebih berunsurkan nasihat serta menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah.

“Mereka yang terlibat dalam usaha pembikinan album ini tidak mengenakan sebarang bayaran, semuanya dicurahkan semata-mata ingin membantu pencarian dana pusat tahfiz ini.

“Jadi besarlah harapan saya agar album ini mendapat sokongan semua dan dapat diteruskan pada masa akan datang,” katanya.


Bagi mereka yang berminat, boleh dapatkan maklumat di laman sosial Facebook Tahfiz Al-Ulya atau menghubungi talian 017-4819629.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");