Berita Hari Ini

Sekatan Perjalanan Keluar, Masuk Ke Sabah Mulai Esok

PUTRAJAYA: Sekatan perjalanan keluar dan masuk ke Sabah membabitkan pergerakan dari Semenanjung, Sarawak dan Labuan dikenakan mulai esok hingga 20 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagaimanapun terdapat pengecualian khas diberikan kepada kes-kes tertentu seperti kecemasan dan perkhidmatan perlu dan mereka harus mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagi pergerakan masuk ke Sabah, kebenaran hanya diberikan kepada rakyat Sabah yang memegang MyKad kod H, pasangan kepada rakyat Sabah yang memiliki pas Imigresen sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Sabah, atau bukti perkahwinan dan sijil lahir anak.

“Selain itu, pekerja bidang perkhidmatan perlu (essential service) yang mempunyai pas Imigresen Malaysia yang sah tempoh yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Sabah, pelajar bukan rakyat Sabah yang mempunyai kad atau pas pelajar daripada Jabatan Imigresen di Sabah.

“Manakala anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sabah perlu mendapatkan cop seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 di pejabat Imigresen Sabah setelah masuk negeri berkenaan.

“Kebenaran untuk memasuki Sabah turut diberikan kepada pemastautin tetap Sabah yang memiliki MyPR kod H atau Kad Permit Masuk atau endosmen permit masuk dalam pasport,” ” katanya dalam kenyataan di sini hari ini lapor HMetro.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, bagi pergerakan keluar dari Sabah pula, kebenaran hanya diberikan kepada kes kecemasan dan tugas-tugas rasmi dengan mengemukakan permohonan mendapat kebenaran daripada pihak KKM.

“Mereka juga akan menjalani ujian saringan COVID-19 oleh KKM setibanya di pintu masuk destinasi masing-masing,” katanya.

Ismail Sabri, sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Negeri Sabah di talian 088-369434.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");