Perak Hari Ini

Sertai Kempen Kumpul Barang Buangan Elektronik Bersama JAS, Dapat Token dan Sijil

IPOH- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak melancarkan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik dari isi rumah bermula pada hari ini sehingga 13 November.

Pengarah JAS Perak, Rosli Zul berkata, pendekatan ini dijalankan untuk menggalakkan isi rumah menghantar buangan mereka ke pusat-pusat yang disediakan.

“JAS akan melancarkan program kutipan ataupun pengumpulan e-waste daripada isi rumah di negeri Perak menerusi Hari Alam Sekitar Negeri (HASN) Perak 2020 yang akan disambut dalam waktu terdekat ini, di mana pengumpulan e-waste ini merupakan salah satu program pengisian ataupun objektif utama HASN.

“Kenapa perkara ini menjadi agenda untuk kerajaan hari ini, setiap barang elektrik ini mempunyai tempoh hayat dan di negara kita menetapkan dalam tempoh lima tahun ini barang tersebut perlu diganti“, katanya dalam satu sidang media selepas melancarkan Kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik dari isi rumah negeri Perak di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Bangunan Seri Kinta di sini, hari ini.

Menurut JAS, pada tahun ini sambutan akan menfokuskan kepada dua kempen utama iaitu Buangan Barang Elektrikal dan Elektronik Isi Rumah dan Hindari Plastik Sekali Guna di mana bagi program Buangan Barang Elektrikal dan Elektronik akan dijalankn oleh Edsha Solution Sdn Bhd.

Katannya, perkara yang menarik sepanjang kempen ini adalah, isi rumah yang terlibat akan diberikan token dan nilainya adalah berdasarkan barangan yang dikitar semula.

“Apa yang menariknya, pihak syarikat yang dilesenkan oleh JAS untuk mengendalikan buangan e-waste termasuk daripada isi rumah akan mengambil buangan tersebut untuk diproses dan memastikan komponan-komponan berbahaya yang terhasil daripada proses tersebut diurus dengan cara yang selamat.

“Pihak syarikat bersedia untuk memberikan token kepada setiap komponan elektrik daripada isi rumah yang menjadi buangan dan hendak dilupuskan tetapi mengikut saluran yang dibuat

“Mereka akan mendapat token daripada pihak yang nilainya bergantung kepada jenis item yang diserahkan untuk di uruskan,” katanya.

Tambah beliau, JAS juga akan mengeluarkan sijil penghargaan kepada setiap individu yang menyerahkan e-waste daripada isi rumah.

“Ini adalab sebagai bukti komitmen yang menunujukkan mereka menjayakan program ini untuk memastikan kita dapat mengumpul e-waste daripada isi rumah sebanyak mungkin,” katanya.

Ujar beliau, bagi penduduk Malaysia iaitu dengan jumlah 32.5 juta penduduk pada tahun 2019, di mana daripada jumlah tersebut 75 peratus daripadanya merupakan mereka yang berusia 15 tahun ke atas yang telah menggunakan telefon bimbit.

“Kalau kita ambil usia ini, sejumlah 24 juta telefon bimbit digunakan pada hari ini sebagai purata.

“Penduduk di negeri Perak, terdapat lebih kurang 2.6 juta diunjurkan oda tahun 2020 kalau 75 peratus daripadanya berusia 15 tahun ke atas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");