Panasnya Hari Ini

Sesi Menghadap Agong Untuk Guan Eng, Mohamad Sabu Ditangguh

KUALA LUMPUR: Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah oleh dua pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) ditangguhkan.

BH Online melaporkan dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sepatutnya dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, manakala Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, pada 21 Oktober.

“Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan baginda memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku ditangguhkan.

“Kami menjunjung titah dan mendoakan agar Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, kira-kira 20 pengamal media berkumpul di hadapan pintu 2 Istana Negara di sini, menantikan kehadiran pemimpin parti politik.

Ia susulan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, yang didakwanya mempersembahkan kenyataan sahih beliau memiliki jumlah majoriti bagi membentuk kerajaan baharu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");