Berita Hari Ini

SUHAKAM Minta Kerajaan Kaji Semula Cadangan Darurat Kesihatan

KUALA LUMPUR: Langkah terkini diambil kerajaan untuk mencegah jangkitan COVID-19 dan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) oleh rakyat adalah mencukupi bagi mengatasi pandemik itu.

BH Online melaporkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa kerajaan menilai semula cadangan mengenakan darurat dalam menangani COVID-19 serta meminta kerajaan mendukung tugas dan tanggungjawab seperti yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Suruhanjaya itu bimbang cadangan itu akan membawa ketidakstabilan berlarutan di negara ini.

“Pengisytiharan seumpama itu sebelum ini sudah mengakibatkan penangguhan sidang Parlimen, kemerosotan ekonomi dan pencabulan hak asasi rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Pengisytiharan Darurat pernah berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1964, di Sarawak pada 1966, diikuti pada 1969 dan di Kelantan pada 1977.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya berpuas hari terhadap ancaman terhadap keselamatan negara, ekonomi dan ketenteraman awam. Keadaaan kesihatan dan ekonomi yang berkaitan COVID-19 tidak menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");