Perak Hari Ini

Suspek Cuba Pecah Rumah Di Ipoh, Baru Sebulan Keluar Penjara

IPOH – Baru sebulan tamat tempoh tahan di penjara, seorang lelaki berusia 27 tahun nampaknya tidak serik daripada melakukan jenayah.

Walau bagaimanapun lelaki itu berjaya ditahan pihak polis ketika cuba memecah masuk ke sebuah rumah di Taman Binara dekat sini sekitar jam 6 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata hasil maklumat awam yang diterima, tiga kereta peronda polis (MPV) berjaya tiba lokasi kejadian dalam tempoh 10 minit.

Katanya, ketika kejadian suspek cuba memecah masuk rumah berkenaan dan apabila menyedari kehadiran polis di cuba melarikan diri melalui pintu belakang dan siling di bahagian dapur, namun gagal.

“Seorang lagi lelaki yang juga rakannya yang berada di luar telah melarikan diri walau bagaimanapun identitinya berjaya dikesan

“Suspek mempunyai 10 rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya.

Tambah Asmadi, kejadian tersebut telah mengakibatkan rumah yang dipecah masuk mengalami kerosakan pada pintu gril dan siling di bahagian dapur.

Katanya antara barangan yang dirampas adalah pemutar skru, pemotong besi serta unit ‘jacked’ kereta dan kes disiasat di bawah Seksyen 411/457 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, hari ini.

Terdahulu, susulan kejayaan tersebut Asmadi telah menyampaikan sijil penghargaan kepada tujuh anggota MPV yang terlibat.

“Kita memandang berat kejadian jenayah pecah rumah kerana ianya boleh menjurus kepada jenayah lain antaranya boleh berlaku kecederaan diri dan jenayah rogol,” kata Asmadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");