Berita Hari Ini

Tak Daftar Butiran Diri Di Kedai Runcit, Dua Warga Asing Didenda RM700

KUALA LUMPUR – Akibat gagal mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan tidak mendaftarkan butiran diri di sebuah kedai runcit, dua lelaki warga asing masing-masing didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bernama melaporkan Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas warga Bangladesh Romjan, 30, dan warga Nepal Ram Prasad Pokhrel, 42, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai buruh binaan dan pengawal keselamatan menjalani hukuman penjara dua minggu, sekiranya denda gagal dibayar.

Mereka didakwa gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 dengan tidak mendaftar butir-butir diri dalam buku daftar di sebuah kedai runcit di Kampung Datuk Keramat di sini pada 5 petang, 4 Okt lepas.

Romjan dan Ram Prasad dituduh mengikut Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran manakala kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");