Perak Hari Ini

Tambah Baik Sistem Agihan Bantuan Golongan Terjejas COVID-19 – MB Perak

IPOH – Agensi kerajaan diminta untuk berinovasi dan menambahbaik sistem sedia ada khususnya yang berkaitan dengan pengagihan bantuan kepada golongan yang terkesan susulan pandemik COVID-19.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada peringkat awal, berlaku keciciran pengagihan bantuan terhadap isi rumah yang tidak tersenarai dalam rekod e-Kasih atau Baitulmal.

Jelasnya ia kerana sebelum PKP mereka adalah golongan yang berada di atas garis kemiskinan namun apabila PKP dilaksanakan, mereka mula hilang sumber pendapatan.

“Negara kita juga tidak terlepas daripada impak ekonomi. Kita menjangkakan bilangan isi rumah miskin di negeri ini akan meningkat akibat kehilangan pekerjaan dan penyusutan pendapatan.

“Bagi mengurangkan beban golongan yang terjejas ini, kerajaan negeri akan sentiasa mencari jalan untuk memberi bantuan melalui agensi-agensi yang terlibat.

“Mengambil kira pengalaman kita dalam mengagihkan bantuan sepanjang tempoh PKP yang lalu, saya melihat banyak penambahbaikan yang boleh kita laksanakan.

“Di sini kita perlu melihat bagaimanakah cara untuk kita mengenalkan kaedah baru bagi mengurangkan keciciran bantuan kepada golongan sasar, menambahbaik sistem pangkalan data dan sebagainya.

“Kita tidak hanya bercakap mengenai bantuan makanan atau wang ringgit. Sebaliknya, kita perlu melihat secara holistik khidmat sokongan moral, latihan semula dan bantuan memulakan perniagaan kecil-kecilan,” katanya.

Tambahnya agensi lain juga diharap dapat memberi penumpuan terhadap pengenalan inovasi baharu dalam sistem penyampaian yang sesuai dengan norma baharu.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1602753170426″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Beliau berkata demikian ketika di Majlis Sambutan Hari Inovasi 2020 Peringkat Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim serta barisan Exco Kerajaan Perak.

Pada majlis tersebut Ahmad Faizal menyampaikan Anugerah Potensi Inovasi kepada Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Ahmad Shafri Hassan atas kejayaan agensi itu menerusi Projek Viblower.

Projek itu dihasilkan bagi mengatasi masalah penangkapan dan pelupusan anjing terbiar semasa wabak rabies.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi.

{“uid”:”BA89BC46-CB43-4BF2-90BE-3A2C229B430C_1602753189041″,”source”:”other”,”origin”:”gallery”}

Sementara itu turut disampaikan kepada lima penerima Anugerah Potensi Inovasi yang setiap satu menerima wang tunai berjumlah RM1,000 berserta trofi.

Selain itu, wakil dari Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Mohd Firdaus Abd Hamid merangkul gelaran juara bagi Pertandingan Mencipta Logo Inovasi Perkhidmatan Awam yang melayakkannya menerima wang tunai berjumlah RM1,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");