Berita Hari Ini

Tangguh Kemasukan Pelajar: Pertimbang Bayaran RM500 One-Off Kepada Pelajar Terjejas – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar-pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.

“Walaupun kementerian mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini, namun keputusan pada saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa memetik Astro Awani.

“Justeru Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan pihak keluarga masing-masing,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Isnin.

Jumaat lalu, KPT mencadangkan semua IPT menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi pelajar baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus bulan ini.

KPT memaklumkan, keputusan itu perlu dibuat demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak, susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");