Panasnya Hari Ini

Tiada Siapa Akan Keluar Parti – UMNO Kalabakan

TAWAU: Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Chaya Sulaiman menafikan dakwaan beliau bakal keluar parti seperti tular di media sosial.

Menurut laporan Harian Metro, beliau yang juga calon tunggal wanita Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, menegaskan berita tular itu palsu.

“Saya percaya penyebarannya sengaja dibuat pihak tidak bertanggungjawab dan mempunyai motif politik jahat. Tidak sangka serangan peribadi seumpama ini masih belum berakhir walaupun PRN sudah berlalu.

“Masih ada juga pihak yang tidak berpuas hati, menyebarkan fitnah sedemikian,” katanya sebagaimana dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryadi Bandy turut menafikan dakwaan mana-mana pemimpin di bahagiannya bakal angkat kaki.

“Ini mesej berantai dan kita percayai didalangi musuh politik yang sengaja mahu memecah belahkan kesatuan dalam UMNO,” katanya yang memberitahu akan membuat laporan polis, hari ini.

Sejak pagi tular di media sosial mendakwa Chaya bakal keluar daripada partinya dalam masa terdekat berikutan kekalahan tipis kepada calon parti Warisan.

Mesej tular itu turut mendakwa beberapa AJK Bahagian, Wanita dan Pemuda UMNO Kalabakan bakal mengambil tindakan sama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");