Panasnya Hari Ini

UMNO Timbang Tarik Diri Dengan PN, Beri Syarat Baharu Dalam Kerjasama

KUALA LUMPUR: UMNO meletakkan syarat baharu untuk meneruskan kerjasama politik dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

BH Online melaporkan perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan, melalui kenyataan media berkata parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

“UMNO juga akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik.

“UMNO akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Muafakat Nasional (MN) supaya MN didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya.

Difahamkan, Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan ahli jawatankuasa pengurusan parti.

Ahmad Maslan berkata, parti itu bagaimanapun akan terus berjuang demi kepentingan rakyat khususnya bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.

“UMNO akan memastikan pandemik COVID-19 dapat ditangani oleh kerajaan dan pihak berkaitan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

“UMNO juga berpandangan kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, sebarang keputusan daripada parti itu dilakukan demi manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");